Salam Perpisahan bakal Dr. Faizah Ma'arof

7 September 2018

Majlis serba ringkas ini diadakan bagi meraikan bakal Dr. Faizah Ma'arof, yang telah mendapat rezeki dari Allah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah (PhD) di dalam bidang Virtual Reality di Universiti Putra Malaysia (UPM), alhamdulillah (segala puji hanya padaMu Allah). Rakan unit Sains Komputer (sebahagian besarnya) datang ke restoran makanan siap-segera Kentucky Fried Chicken di RTC Gopeng bagi meraikan Pn. Faizah Ma'arof. 

 

Siap dengan tema warna baju, Merah dan Kelabu, mungkin bermaksud "berani" dan "kekal tunduk" walau berada di tempat tinggi - itulah yang cuba diterapkan di dalam tema pakaian pada majlis tersebut.

 

Untuk bakal Dr. Faizah Ma'arof, kami (kesemua rakan unit) mendoakan kejayaan anda "Selamat Maju Jaya".