Kursus CTCS di UPSI

Kursus WAJIB HADIR ini mendedahkan peserta tentang kemahiran berfikir komputasi yang dapat diterapkan sewaktu menyampaikan isi kandungan pelajaran, khususnya bagi mata pelajaran Sains Komputer.

 

Seramai 14 orang pensyarah unit Sains Komputer berkampung di makmal BYOD, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan ditemani oleh 2 tenaga pengajar CTCS iaitu Dr. Mashitah dan Dr Aslina.

 

Kursus ini diharapkan dapat memberikan kesan langsung dalam mempromosikan kemahiran CTCS kepada para pelajar abad ke-21 di Malaysia.